Thursday, 5 July 2012

bUdaK beSaR yaNg "gUlLet"

Hello...
dh xnk post apa2, tp terpaksa write something jgk ni...ni semua disebabkan budak besar yg "gullet"..klo tak disebabkan budak "gullet" ni, dah lama sy tak update blog sy ni..sy ni bukanlah jenis yang rajin sgt nk update blog, update bila ada masa free dan bila rasa bosan sgt ja..hehehe
lupakn hal-hal nk update2 ni dan sy nk crita pla sal budak besar yang "gullet" ni. tapi sebelum tu nk explain la dlu maksud "gullet" tu apa...hehehe...sebenarnya perkataan gullet tu adalah berasal daripada bahasa suku kaum dusun di sabah yg bermaksud "nakal". perkataan sebenarnya adalah "gulot"(saja ja bgi unik skit "gulot" tu) dan bila disebut "guloton" bermaksud sangat nakal..hehehe...so, budak besar yang "gullet" ini pun boleh tahan jgk "gullet" dia.. mmg sgt "gullet" tapi comel..hihihi
tak taw la sy nk ckp sal apa budak besar yang "gullet" ni...tp budak "gullet" ni, dah la "gullet" pastu wat "gullet" dgn sy lg..kadang2 menyakitkan hati sy jgk, wat sy mngis dan macam2 perasaan geramji lg..tp wlpn budak "gullet" ni wat "gullet" dan kdg2 sakitkn hati sy n wat sy ngis, dia akn ttp minta maaf dgn sy...suka sgt.. ^_^
tp wlpn "gullet", sy sayang sangat dengan budak "gullet" sy ni.. sayang sangat2 :-p


budak besar yang "gullet" sayang awk... ^_^

Tuesday, 3 January 2012

Welcome 2012!!!

Hello...hello..

hahaha..memang terasa lucu pula bila dah 3hb Januari baru nak cakap welcome 2012...tp sekarang ni masih dalam suasana tahun baru lagi, bru 3 hari berlalu..hehehe..bukannya apa, time 1hb tu mana ada masa nak buka blog, maklumlah busy kononnya nak celebrate new year, nak pasang bunga api la, and macam2 lagi..hehehe..tapi lupakan tentang tu..

hemm..bercakap tentang new year, mesti ramai yang telah buat azam baru untuk tahun 2012 ni..mesti ramai yang nak lupakan kisah tahun 2011 dan beralih ke kisah yang belum tentu lagi terjadi di tahun 2012 ni..huhu
Seperti yang orang selalu katakan, kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan...tapi don't worry be happy saja dengan azam baru yang telah kita tetapkan, sebab walaupun azam baru kita tu takkan terjadi sepenuhnya, sekurang-kurangnya adalah dua tiga azam kita yang akan terjadi...( sorry la, sy ni bukannya pandai BM sangat, jd agak mess ayat..hehe)

So, mulakan 2012 ni dengan penuh bermakna, bagi mereka-mereka yang mempunyai kisah yang pahit di tahun 2011, kalau boleh jangan sesekali lupakan perkara itu. Sebab perkara pahit itu lah yang banyak mengajar kita dan menjadi panduan kita supaya tidak mengulanginya lagi.

Mulakan tahun 2012 ni dengan penuh semangat dan semoga kita semua masih mampu untuk mengharungi tahun ini dengan jayanya...

Sekali lagi dari saya HAPPY NEW YEAR!!!

Wednesday, 28 December 2011

Ski Time!!!!

hallo.....
Hurm..hari ini agak penat sebab baru balik daripada "High1 Resort" yang terletak di Gangwan-do. Dari Busan ke Gangwan-do dalam masa 5 jam dengan bas ( memang lama woo..). Jadi macam biasa, aktiviti dalam bas adalah tidur. Tapi dalam masa 5 jam tu hanya 1 jam ja tidur dengan lena sebab pakcik driver bas tu berhenti setiap stesen bas selama 10 minit untuk orang2 pi toilet ke, beli nasi ke, beli gwaja(keropok) ke, ataupun tak naik2 bas terus, maksudnya stesen dorang tu di situ la..huhu..

Okay, seterusnya. jeng..jeng..jeng.. dalam perjalanan ke Gangwan-do tu tiba2 jumpa salji ni(memang tu pn tujuan asal kitorg nak pi Gangwan-do), memang cantik la salji tu( macam kitorg first time jumpa salji memang la cantik) tp tak bleh turun sebab masih dalam bas lagi, dan destinasi yang hendak dituju tu belum sampi lg..
sesampai di destinasi, fuhh....sejukk gila...gilerr...sweater pakai 4 lapis pun masih terasa sejuk lg..apa tak sejuknya, kitorg memang dah dimaklumkan sebelum tu destinasi yang nak dituju tu dalam -20 darjah celsius sejuknya.. negatif 20 tu..huhu.. High1 Resort pula terletak di atas bukit, dan resort tu memang salah satu tempat bermain ski yang ter-famous la. Siapa2 yang gemar dengan aktiviti yang extrem(especially ski) memang di sini la tempatnya..
Ni adalah salah satu laluan ski yang terdapat di High1 Resort











Yang ini bagi orang2 yang mempunyai skill yang tinggi atau bagi mereka yang pro.














Dah tengok laluan2 untuk ski.. tiba masa nak bagi tengok pemandangannya pula..hehe..tadaa..

View daripada Cable Car








 view daripada cable car juga













Laluan ski bagi budak-budak yang mendaftar untuk belajar ski










nak bagi tengok semua memang tak muat dalam ni.. Jadi, cukup la saya kongsikan yang ini saja..Ada masa lagi nanti saya kongsikan lagi perkara2 yang menarik.. :)






Sunday, 25 December 2011

Merry Christmas!!! Selamat Hari Natal

25hb Disember memang tarikh yang d'tunggu2, sebab 25hb disember adalah hari natal atau lebih dikenali sebagai Krismas..
Krismas pada tahun ni agak sedih sedikit berbanding pada tahun2 lalu, sebab tahun ni terpaksa merayakan sendirian bersama rakan2 yang lain tanpa family...sob..sob..sob..(mesti family di kampung halaman sedang meraihkan natal bersama-sama dengan ahli keluarga yang terdekat dan yang terjauh (especially diri sy ni.. :'( tp tak ada bersama2 dengan family).


Ramai kawan2 saya yang tanya, "mesti bestkan dapat krismas di Korea, dapat rasa salji dan merasa suasana di sana semasa x'mas"..huh, best tu memang best..tapi bila berada di sini barulah tahu betapa bahagianya kalau berada di Malaysia. Sama seperti peribahasa "Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu  di Negeri Sendiri". Saya setuju dengan peribahasa ni, berada di negeri atau negara orang memang akan memberikan banyak kebaikan pada kita tapi sebaik-baik di negara orang, negara sendiri adalah yang TERBAIK!!! terutama sekali "my hometown" la..SABAH!!! yeahh!!! walaupun sekarang ni agak sedih, tapi SABAH TANAH AIRKU wait for me...!!! I'll be back!!! hehehe...


Untuk mengakhiri coretan2 sy pada hari ini.. I want to wish to all Christian, Merry Christmas 2011 and Happy New Year 2012... ^___^* V

Merry Christmas And Happy New Year

Saturday, 24 December 2011

Hallo..hallo..hallo..

hello semua (dgn snyman lebar)... hehe
lama dh x update blog..last update blog 5 bulan lepas..fuhhh!! memang lama tuu...tapi biasa la "busy" katakan..hehehe..bukannya busy apa, busy tidur dgn main game and busy layan muka buku( sebab dh xda aktivity lain)..hehehe..
tp skg ni bnyk masa free, so masa ni nk diisi dgn aktiviti2 yg berfaedah dgn yang tak berfaedah, sekali skala apa salahnya kn??..hahaha..
okay..tinggalkn cerita tu, ni nak kongsi sikit cerita sal sy pla ni..hee :-p
skg ni sy mmg berada jauh dari Malaysia..erm..bleh la kira jauh sebab mengambil masa lebih kurang 7 jam je nak sampai sini...tak jauh juga kn?? ^_^*

Hari ni 24hb Disember 2011.. kurang daripada 7jam lagi 25hb Disember 2011, dan 25hb tu merupakan Hari Kelahiran Jesus bagi kami yg beragama Kristian, atau Hari Natal dalam bahasa Melayu dan Christmas in English Version..hehehe..tapi agak sedih juga pada tahun ni sebab ber- Christmas di perantauan tanpa family...sob..sob..sob.. :'(
tapi tak pe, kawan2 yang lain masih ada...jadi Christmas nanti tu tak la terasa sunyi sangat..

Tinggal yang itu, ni nak kongsi sedikit picture2 yang menunjukkan suasana Christmas di sini...memang cantik..hehe..
 It's Christmas Eve..Wish You All Merry Christmas!!!! muAHHHhh!!!
p/s
nampaknya sy mengalami sedikit kesulitan untuk mengupload picture..so, next time mungkin..hee

Thursday, 14 July 2011

Fuhh!!!
Udah lama x check blog, sampai bleh lupa password lg 2..tp nasib baik, msi bleh buka..hehe..
banyak yang nak di'share' ni tp ada ja "ular yang melintang"..hehe
Tapi sekarang ni boleh la, sebab dah boring sangat2 duduk dalam dorm ni, sudah la kaki sakit, perut pun sakit, tinggal lagi sorang2 dalam dorm ni, sebab kawan2 udah keluar gi jalan2 n shopping..huhu..
Ni la akibatnya kalau degil sangat, minggu lepas masa training taekwondo kaki terseliuh. Masa tu kaki tidak la teruk sangat, bengkak pun tak teruk. Kawan-kawan udah suruh rehat and jangan gatal sangat nak berjalan, tapi lepas je gi klinik, berjalan lagi, hasilnya bengkak tak surut2.. Itu cerita minggu lepas, sekarang ni pula bengkak makin menjadi2..hadui..!! Ni semua degil punya pasal la, semalam berlari atas treadmill sejauh 2km(dekat je, x jauh pun..hehe), tapi masalahnya kaki belum sembuh mana boleh buat training yang berat..,jadinya gini la, kaki sakit sampai sekarang..oh, tidakkk!! udah la jeles kawan2 keluar berjalan2 ni..huhu..




Ni keadaan kaki minggu lepas, siap dengan jarum-jarum ataupun nama saintifik perubatan ni dipanggil Acupuncture..

Friday, 24 June 2011

Benarkah makan di waktu malam boleh menjadi gemuk??

 Makan di waktu malam boleh menjadikan kita GEMUK. Benarkah pernyataan ini? Mungkin kita pernah mendengar tips-tips untuk diet adalah dengan tidak mengambil sebarang makanan berat selepas pukul 7 malam, kerana ini boleh menyebabkan kegemukan. Ada yang menyatakan mengambil makanan di waktu malam tidak akan memberikan sebarang manfaat kepada tubuh badan kita, sebaliknya makanan yang diambil pada waktu malam akan bertukar menjadi timbunan lemak.

Benarkah pernyataan ini? Sebenarnya pernyataan ini ada kurang benarnya. Makan di waktu malam, terutamanya sebelum masuk waktu tidur boleh menganggu sistem pencernaan yang boleh menyebabkan kita mengalami konstipasi atau sembelit di waktu pagi. Tapi makan di malam hari belum tentunya boleh menyebabkan kita menjadi gemuk.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal, adalah perlu untuk kita memahami tubuh badan kita terlebih dahulu, kerana setiap individu mempunyai keperluan tenaga yang berbeza. Contohnya, sekiranya seseorang individu, memerlukan 2000 kalori/ hari, maka ia perlulah melengkapkan pengambilan kalorinya untuk memastikan badan mendapat 2000 kalori/ hari ( ini bergantung kepada tinggi dan berat seseorang). Tapi harus kita ketahui, untuk melengkapkan 2000 kalori yang diperlukan badan, kita harus bahagikan kepada 3 iaitu pagi, tengah hari, dan malam.

Sekiranya di waktu pagi kita mengambil 500 kalori, badan kita masih memerlukan 1500 kalori yang boleh diambil pada waktu tengah hari dan petang. Tetapi, sekiranya kita tidak mengambil makanan pada waktu tengah hari atau petang, ia boleh digantikan dengan makan di waktu malam untuk melengkapkan keperluan kalori badan. Tubuh kita tidak boleh membaca waktu dan tidak tahu konsep waktu. Oleh sebab itu, tubuh juga tidak tahu pukul berapa kita makan. Jadi sekiranya kita mengambil makanan di malam hari ia tidak akan memberikan masalah kepada badan kita asalkan jumlah kalori makanan yang diambil tidak melebihi keperluan jumlah kalori badan kita.

Tetapi perlu di ingati, pemilihan makanan juga perlu dititikberatkan. Sekiranya anda ini seorang yang tidak boleh menahan godaan daripada mengambil makanan yang berkalori tinggi, maka makan di waktu malam harus dihindari. Ini bagi mengelakkan anda daripada menjadi gemuk.

copy n paste (saje share untuk pengetahuan bersama)