Friday, 24 June 2011

Benarkah makan di waktu malam boleh menjadi gemuk??

 Makan di waktu malam boleh menjadikan kita GEMUK. Benarkah pernyataan ini? Mungkin kita pernah mendengar tips-tips untuk diet adalah dengan tidak mengambil sebarang makanan berat selepas pukul 7 malam, kerana ini boleh menyebabkan kegemukan. Ada yang menyatakan mengambil makanan di waktu malam tidak akan memberikan sebarang manfaat kepada tubuh badan kita, sebaliknya makanan yang diambil pada waktu malam akan bertukar menjadi timbunan lemak.

Benarkah pernyataan ini? Sebenarnya pernyataan ini ada kurang benarnya. Makan di waktu malam, terutamanya sebelum masuk waktu tidur boleh menganggu sistem pencernaan yang boleh menyebabkan kita mengalami konstipasi atau sembelit di waktu pagi. Tapi makan di malam hari belum tentunya boleh menyebabkan kita menjadi gemuk.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal, adalah perlu untuk kita memahami tubuh badan kita terlebih dahulu, kerana setiap individu mempunyai keperluan tenaga yang berbeza. Contohnya, sekiranya seseorang individu, memerlukan 2000 kalori/ hari, maka ia perlulah melengkapkan pengambilan kalorinya untuk memastikan badan mendapat 2000 kalori/ hari ( ini bergantung kepada tinggi dan berat seseorang). Tapi harus kita ketahui, untuk melengkapkan 2000 kalori yang diperlukan badan, kita harus bahagikan kepada 3 iaitu pagi, tengah hari, dan malam.

Sekiranya di waktu pagi kita mengambil 500 kalori, badan kita masih memerlukan 1500 kalori yang boleh diambil pada waktu tengah hari dan petang. Tetapi, sekiranya kita tidak mengambil makanan pada waktu tengah hari atau petang, ia boleh digantikan dengan makan di waktu malam untuk melengkapkan keperluan kalori badan. Tubuh kita tidak boleh membaca waktu dan tidak tahu konsep waktu. Oleh sebab itu, tubuh juga tidak tahu pukul berapa kita makan. Jadi sekiranya kita mengambil makanan di malam hari ia tidak akan memberikan masalah kepada badan kita asalkan jumlah kalori makanan yang diambil tidak melebihi keperluan jumlah kalori badan kita.

Tetapi perlu di ingati, pemilihan makanan juga perlu dititikberatkan. Sekiranya anda ini seorang yang tidak boleh menahan godaan daripada mengambil makanan yang berkalori tinggi, maka makan di waktu malam harus dihindari. Ini bagi mengelakkan anda daripada menjadi gemuk.

copy n paste (saje share untuk pengetahuan bersama)

No comments:

Post a Comment