Hurm..hari ini agak penat sebab baru balik daripada "High1 Resort" yang terletak di Gangwan-do. Dari Busan ke Gangwan-do dalam masa 5 jam dengan bas ( memang lama woo..). Jadi macam biasa, aktiviti dalam bas adalah tidur. Tapi dalam masa 5 jam tu hanya 1 jam ja tidur dengan lena sebab pakcik driver bas tu berhenti setiap stesen bas selama 10 minit untuk orang2 pi toilet ke, beli nasi ke, beli gwaja(keropok) ke, ataupun tak naik2 bas terus, maksudnya stesen dorang tu di situ la..huhu..
Okay, seterusnya. jeng..jeng..jeng.. dalam perjalanan ke Gangwan-do tu tiba2 jumpa salji ni(memang tu pn tujuan asal kitorg nak pi Gangwan-do), memang cantik la salji tu( macam kitorg first time jumpa salji memang la cantik) tp tak bleh turun sebab masih dalam bas lagi, dan destinasi yang hendak dituju tu belum sampi lg..
sesampai di destinasi, fuhh....sejukk gila...gilerr...sweater pakai 4 lapis pun masih terasa sejuk lg..apa tak sejuknya, kitorg memang dah dimaklumkan sebelum tu destinasi yang nak dituju tu dalam -20 darjah celsius sejuknya.. negatif 20 tu..huhu.. High1 Resort pula terletak di atas bukit, dan resort tu memang salah satu tempat bermain ski yang ter-famous la. Siapa2 yang gemar dengan aktiviti yang extrem(especially ski) memang di sini la tempatnya..
| Ni adalah salah satu laluan ski yang terdapat di High1 Resort |
Yang ini bagi orang2 yang mempunyai skill yang tinggi atau bagi mereka yang pro.
Dah tengok laluan2 untuk ski.. tiba masa nak bagi tengok pemandangannya pula..hehe..tadaa..
| View daripada Cable Car |
Laluan ski bagi budak-budak yang mendaftar untuk belajar ski
nak bagi tengok semua memang tak muat dalam ni.. Jadi, cukup la saya kongsikan yang ini saja..Ada masa lagi nanti saya kongsikan lagi perkara2 yang menarik.. :)
No comments:
Post a Comment