Thursday, 6 December 2012

Hari yang Seronok

Hari ini memang hari yang seronok bagi saya dan mungkin juga bagi kawan-kawan saya...hehehe...walaupun penat tapi kami tetap enjoy dengan aktiviti yang kami laksanakan..group saya tak lah sebab dah lepas..hehe..tapi terpaksa melibatkan diri juga sebab berkaitan dengan kehadiran dan dalam masa yang sama untuk mempelajari, memahami kehendak dan keperluan golongan individu tertentu..iaitu golongan OKU
Seperti biasa, setiap rabu kelas kami akan menjalankan aktiviti-aktiviti atau sukan-sukan yang hanya disertai oleh golongan kurang upaya ataupun istimewa ini..( aksi ini tidak melibatkan OKU yang sebenar..ngeehh) kami terpaksalah berlakon sebagai OKU dan melakukan semua aktiviti tersebut..
Disebabkan minggu-minggu sebelum ini kami mempunyai masalah untuk melaksanakan aktiviti, oleh itu pada minggu ini dan pada hari ini kesemua aktiviti kami lakukan tanpa henti..(fuhh...penat..panas lagi tu..proses untuk memutihkan kulit semula tergendala lagi..kweng2...hoo)..kesemuanya ada 7 aktiviti, tapi kami tetap lakukan dengan penuh sabar (masalahnya sabar ke..hehe.) bestnya aktiviti ini, kawan-kawan yang buat aktiviti hari ini sediakan hadiah jika ada group yang menang (walaupun hanya makanan ringan tapi dah cukup berbaloi la tu daripada tak ada..hehe)..
Seperti biasa, jika melibatkan aktiviti sukaneka mesti ada part tiup2 tepung cari gula2..saya dengan penuh semangat tiup tepung sampailah muka menjadi putih (lupa pula lepas tu ada kelas lain..) tapi tak menang pun..kui..kui..kui..tapi yang penting enjoy dan seronok dengan aktiviti tu..kalau ada tepung yang lebih2 tu faham2 ja la dengan budak lelaki nak buat apa..tapi masalahnya saya ni dah la free hair, rambut habis penuh dengan tepung..geram la juga..huhu
Tapi part yang paling best dalam aktiviti ini adalah aktiviti kemahiran untuk kanak-kanak istimewa..hehe..aktiviti yang lain bukan tak best, semuanya best tapi aktiviti ni dibuat di dalam gym so tak rasa panas lah..hehe..dalam aktiviti ni pula kami kena buat macam2, kena merangkak, berguling-guling, melompat-lompat, mengelonsor..whee!!!best..ada kawan2 buat agak lucu sebab ringan dan berat..hehe..lepas tu kami menulis, mengira, membaca, dan mewarna..yeahh!!(rasa best bila mewarna guna karyon..cantik berkaler-kaler..ngeehh)
Aktiviti semua tamat, kami ambil kesempatan pula siapkan lukisan yang tidak berwarna dengan warna-warna yang comel2..hee..(saya kalerkan lukisan Hello Kitty!! hee..)..memang best sangat masa tu, and semua itu akan dijadikan memori yang cukup indah kerana kami tidak akan selalu bersama, dan masing-masing akan membawa haluan masing2 apabila tamat di sini nanti..huuu..okay..tak mau fikir yang sedih2 waktu ni..hee
yang penting kami enjoy walaupun penat..hehe..(saya pun tak ingat apa yang menyebabkan saya terlalu letih hari ini..rupa2nya disebabkan aktiviti pada pagi tu dan juga petang tu sebab berlari menyelamatkan diri daripada terkena hujan..hehe )

I Love This Memory.. :)

No comments:

Post a Comment